Jumaat, 22 Mei 2015

Gomo Kelate Gomo

Melihat pada tajuk mungkin kita terfikir ianya tiada kaitan dengan blog kaunseling ini. Namun mari kita hayati nilai perjuangan yang ada pada pasukan kelate dgn semangat 'Gomo Kelate Gomo'

Bermula dengan penuh kepincangan dan serba tak menjadi, pasukan kelantan mendaki puncak final Piala FA dengan payah tanpa harapan kecuali satu sasaran wajib mendakap satu Piala untuk di bawa pulang ke Kelantan. Ketika ruang Piala FA sedikit terbuka, lantas semangat  'gomo klate gomo' dijelmakan sehingga saat terakhir untuk menuju Stadium Bukit Jalil sekali lagi.

LANTARAN SEMANGAT INILAH, PELAJAR2 HARUS AMBIL IKTIBAR, WALAUPUN DIKALA KITA MASIH DI PUSINGAN PERTENGAHAN UNTUK MENUJU FINAL PT3, @ SPM, @STPM, ADA LIKU, ADA DURI, ADA PAYAH, NAMUN DENGAN SATU TEKAD UNTUK MENDAKAP PIALA KECEMERLANGAN YANG KITA IDAMKAN. AYUH KITA MENUJU KE STADIUM PENTAS FINAL DENGAN JAYANYA.

Khamis, 12 Mac 2015

Salam 1Malaysia.

Dalam dunia yang terus terbuka, Seakan menjadi satu keperluan untuk mewartakan setiap tugasan dan program untuk dilihat, bukannya untuk tidak menjadi ikhlas tetapi sebagai perkongsian bersama maka blog Unit Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan.

Mungkin paparan blog ini tidak seindah, tidak secanggih blog-blog lain kerana admin bukanlah blogger tegar tetapi cukup rasanya untuk berkongsi pengalaman, berkongsi cerita, mengimbau kenangan seterusnya mendekuamentasikan setiap tugasan yang diamanahkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kubang Bemban.

Blog UBK ini juga diharapkan dapat mengembirakan alumni SMKKB yang sangat merindui kenangan bersama semasa berada di SMKKB, yang telah memberi erti dewasa kepada mereka. Terlalu banyak kenangan dan tentunya blog ini mengamit memori seterusnya membina keinginan untuk alumni kembali menabur jasa kepada SMKKB..

Terima kasih atas kesudian singgah berwakaf di Laman UBKSMKKB.

Salam